Created by Knewton
Baju kurung (Jawi: باجو کوروڠ) ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Brunei, Indonesia, Malaysia , Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.
Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya. Selain terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya, untuk menghasilkan rekaan yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik mahupun labuci. Material untuk menghasilkan baju kurung juga turut berubah. Kini, terdapat pelbagai pilihan material antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik, linen dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau majlis yang hendak dihadiri selain cuba meniru gaya potongan asing yang mungkin bertujuan untuk kelihatan lebih anggun. Kini terdapat pelbagai variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kurung Moden. Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu. Buku yang berada dalam tangan saya ini, seperti gambar di atas, adalah cetakan pertama oleh Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur dengan kulit biru muda dan gambar ini. Diterbitkan pada tahun 1987. Sebaya dengan saya. 😉 Buku ni la. Watak nama Magdalena tu dah hampir 200 tahun barangkali umurnya. Hahaha.
"Semalam, saya telah pergi ke pantai. Di saat saya sedang memerhatikan gelombang, saya menyedari sesuatu yang ganjil. Samudera itu keindahannya sungguh menggetarkan jiwa. Namun, sama dengan kecantikannya, ia juga mampu membunuh. Gelombang sama yang mempesonakan, yang mana kita terpukau melihatnya dari tepian pantai, mampu membunuh kita jika kita memasukinya. Air, bahan yang sama diperlukan untuk menampung kehidupan, juga boleh membunuh - Melemaskan kita- Dan samudera yang sama, yang mana membuatkan kapal terapung, mampu menghancurkan kapal tersebut menjadi kepingan tidak berguna.
. “Yesterday, I went to the beach. As I sat watching the waves, I realized something strange. The ocean is so breathtakingly beautiful. But just as it is beautiful, it is also deadly. The same spellbinding waves, which we appreciate from the shore, can kill us if we enter them. Water, the same substance necessary to sustain life, can end life, drowning. And the same ocean that holds ships afloat can shatter those ships to pieces.
|