Buku yang berada dalam tangan saya ini, seperti gambar di atas, adalah cetakan pertama oleh Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur dengan kulit biru muda dan gambar ini. Diterbitkan pada tahun 1987. Sebaya dengan saya. 😉 Buku ni la. Watak nama Magdalena tu dah hampir 200 tahun barangkali umurnya. Hahaha.
_____________________________________________________________________________________________________________________________
Magdalena: Novel ini mengisahkan pahit manis percintaan antara dua insan yang taat beragama. Malangnya Qudrat Ilahi tidak merestui, akhirnya mereka berpisah.
Naskhah asal novel ini diterbitkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1832, berjudul "SOUS LES TILLEULS" atau "DI BAWAH NAUNGAN POHON-POHON TILIA." Ia ditulis oleh sasterawan dan wartawan, Alphonse Karr. Naskhah ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab berjudul "MAJDULIN" oleh cerdik pandai di bidang sastera, terutama sajak dan syair, Allahyarham Mustafa Luthfi Al-Manfaluthi.
Al-Manfaluthi dilahirkan di kota Manfaluth, Mesir pada tahun 1879 oleh keluarganya yang kuat beragama. Sejak kecil lagi beliau menghafaz al-Quran dan mendalami bidang agama di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau aktif dalam mengikuti kuliah agama yang diajarkan oleh Syekh Muhammad Abduh dan merupakan muridnya yang terdekat. Beliau juga pernah bekerja di Kementerian Kehakiman dan meninggal dunia pada tahun 1924 ketika beliau masih menjawat jawatan Setiausaha bagi Dewan Perwakilan.
Oleh kerana kandungan dan bahasanya amat menarik, naskhah ini diterjemahkan lagi ke dalam bahasa Indonesia/Malaysia oleh A. S. Al-Attas, seorang pengasas bahasa Arab yang terkemuka di Fakulti Sastera, Universiti Indonesia dengan dibantu oleh M. Yusuf Amir Hamzah, mahasiswa Fakulti Sastera.
______________________________________________________________________________________________________________________________
Antara punca terhasilnya terjemahan novel ini adalah kerana tercetusnya kontroversi dalam dunia kesusasteraan Indonesia menjelang tahun 1962, iaitu apabila karya HAMKA berjudul "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck adalah peniruan daripada karangan Alphonse Karr "Sous Les Tilleuls" yang disadur diterjemahkan oleh Mustafa Luthfi Al-Manfaluthi ke dalam bahasa Arab dengan judul Majdulin. Kononnya HAMKA meniru daripada terjemahan bahasa Arabnya. Surat khabar dan majalah ramai membicarakan; di samping yang menuduh plagiat tak kurang pula orang yang mempertahankan adanya penciptaan sendiri.
Menyedari bahawa permasalahan tidak dapat diselesaikan hanya dengan polemik yang penuh sentimen sahaja tanpa mengenal buku aslinya, maka dengan segera dicari jalan bagaimana mendapatkan buku Al-Manfaluthi yang bersangkutan dengan menghidangkannya pada masyarakat dalam terjemahan Indonesia.
Usaha terjemahan serta banyak kajian dan perbincangan telah dibuat. Nak taip banyak sangat pula. Ada dinyatakan dalam prakata buku Magdalena ini oleh Drs. H. B. Jassin, Ketua Bahagian Kesusasteraan Indonesia Moden pada Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan. Saya cuba kongsikan lain kali.