"Semalam, saya telah pergi ke pantai. Di saat saya sedang memerhatikan gelombang, saya menyedari sesuatu yang ganjil. Samudera itu keindahannya sungguh menggetarkan jiwa. Namun, sama dengan kecantikannya, ia juga mampu membunuh. Gelombang sama yang mempesonakan, yang mana kita terpukau melihatnya dari tepian pantai, mampu membunuh kita jika kita memasukinya. Air, bahan yang sama diperlukan untuk menampung kehidupan, juga boleh membunuh - Melemaskan kita- Dan samudera yang sama, yang mana membuatkan kapal terapung, mampu menghancurkan kapal tersebut menjadi kepingan tidak berguna.
.
.
Kehidupan duniawi ini, atau dunia, samalah seperti sebuah samudera. Hati kita adalah kapal-kapalnya. Kita dapat menggunakan laut untuk keperluan kita sebagai sarana/perantaraan untuk menuju destinasi kita serta mencapai tujuan sebenar kita. Hanya itulah makna laut: Alat/perantaraan. Ia adalah perantaraan untuk kita mencari makanan daripada laut. Perantaraan untuk mengembara. Perantaraan untuk mencari tujuan yang lebih tinggi dan luhur. Ia adalah sesuatu yang kita lalui, dan tidak pernah terfikir untuk menetap di sana. Cuba renungkan, apa akan terjadi jika kita jadikan samudera sebagai destinasi akhir kita -lebih daripada sekadar perantaraan- Pastinya kita akan tenggelam.
Selama mana air laut kekal berada di luar kapal, kapal akan terus terapung dan berada di bawah kendalian kita. Namun, sebaik sahaja air memasuki dan memenuhi kapal - pada masa tersebut, karamlah kapal tadi. Perkara sama berlaku apabila dunia memasuki hati kita -ia akan ditawan dan menjadi hamba- Pada masa tersebut, dunia yang menjadi perantaraan dan di bawah kawalan kita, mula mengawal kita. Pengasingan antara dunia dan akhirat telah dinyatakan dalam al-Qur'an :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan senda-gurau dan main-main. Dan sesungguhnya, akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." – (QS.29:64)
"Pengasingan diri bukan bermaksud kamu tidak boleh memiliki sesuatu, tetapi sesuatu itu tidak boleh memiliki/menguasai kamu" (Saidina Ali Karramallahu Wajhah).. Maksud pengasingan diri seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah lebih mendalam, bukan sekadar fizikal, tetapi pengasingan dalam hati.
[Yasmin Mogahed]
Tajuk buku: Reclaim Your Heart
Nota: Terjemahan dalam bahasa dan pemahaman sendiri daripada artikel bahasa Inggeris.