Follow Me
Ahmad Taqiyyuddin (muallim_taqiey87)
  • Blog
  • About
  • Gallery
  • Contact

UPSR 2015

14/9/2015

0 Comments

 
Alhamdulillah, Khamis lepas selesai menunaikan tugas yang telah diamanahkan. Pada tahun ini telah diberikan amanah sebagai Ketua Pengawas UPSR 2015. Bersama seorang Timbalan Ketua Pengawas, Cikgu Idrus Bin Jobeli dari SK Methodist Kapit dan Pengawas bertugas Cikgu Muhammad Nasrool Shazrin dari SK Nanga Mujong.

Pusat yang ditugaskan adalah di SP025, SK Nanga Segenok, Kapit, Sarawak. Calon UPSR sekolah ini hanya seramai 9 orang calon. Sekolah ini adalah sebuah sekolah di pedalaman dalam bahagian Kapit. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tahap 3. Ada dua cara untuk ke sekolah ini dari pekan Kapit. Cara pertama adalah dengan menaiki bot express melalui sungai Rajang ke Nanga Ibau. Dari Nanga Ibau, akan diambil pula oleh perahu panjang orang kampung ke Nanga Segenok melalui sungai kecil. Cabaran melalui sungai kecil lebih terasa semasa musim kemarau dengan air yang cetek. Ini kerana, enjin tidak dapat digunakan dan penumpang terpaksa menolak perahu tersebut (Bahasa orang sini : Berbatak perahu) sehingga kawasan air banyak kembali. Cara kedua adalah terus menaiki perahu panjang atau bot fiber dari pekan Kapit yang mana pasti pinggang anda akan lenguh-lenguh sepanjang perjalanan.
Picture
Atas timbunan balak yang dijadikan sebagai tempat menunggu bot express di tepian sungai Rajang.
0 Comments



Leave a Reply.

    RSS Feed

    Archives

    June 2016
    May 2016
    September 2015
    July 2015

    Categories

    All

Powered by Create your own unique website with customizable templates.